masa itu pelbagai tafsirannya, mengerti hamba pada masa yang tuan maksudkan, namun takut silap dalam pengertian: maka apakah tuan hamba bermaksud dengan masa, yakni janji yang perlu ditunaikan, dan empunya yang mengerti itu, berdiri dia pada tanah Aryan, dikatakan punya tanah ini tulang dunia. Tidakkah benar tekaan ini?
dan aku cuma seorang hamba,
khilaf dan hina.
aku jua seorang perantau,
sepi dan sendiri.
aku hanya seorang manusia,
lemah dan kerdil.
cukup aku sekadar insan,
daif dan naif.
adanya aku seadanya,
terkadang langkahku sumbang;
terkadang bicaraku lantang.
dalam lebih ada kurang,
dalam putih ada hitam.
terimalah akan ada itu,
kerja TUHAN, siapa tahu.
sesungguhnya,
aku hanya ciptaan,
hikmah agungnya TUHAN.
1 ulasan:
masa itu pelbagai tafsirannya,
mengerti hamba pada masa yang tuan maksudkan,
namun takut silap dalam pengertian:
maka apakah tuan hamba bermaksud dengan masa,
yakni janji yang perlu ditunaikan,
dan empunya yang mengerti itu,
berdiri dia pada tanah Aryan,
dikatakan punya tanah ini tulang dunia.
Tidakkah benar tekaan ini?
Catat Ulasan