Dan tahun baru ini,
dengan segala yang datang bersamanya;
adalah rentetan janji dari langit.
yang seadanya menetapkan,
akan kisah-kisah kita,
dan segala bicara kita.
dan sapaan baru ini,
adalah hangat mengingat.
moga yang semalam itu berlalu;
tidak tertinggalkan begitu.
Hadapan jalan penuh cabaran,
yang sedia menunggu.
lebih penting,
jiwa yang dahulu kecil itu
tidak lagi takut mahu gusar.
Cerita-cerita semalam,
bersama semalam.
dan dalam tahun baru ini,
adalah ruang untuk lembar baru.
yang hujungnya nanti,
sama-sama kita jamah hikmah.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Belgrove, UCD Belfied
5 Januari 2009
1 ulasan:
salam.
wpun sy xreti lgsung bpuisi
tp stil nk kkta
May Allah bless u wherever u r..
Catat Ulasan