Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Masa & Cinta

Jumaat, 3 Jun 2011

benar,
masa mengajar kita tentang cinta -
yang dengannya kita menjadi manusia.
bahawa kadang mungkin luka lama itu,
adalah hadiah terbaik daripada cinta
moga kita bersyukur seadanya.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
3 Jun 2011,
Melaka Manipal Medical College.
Bookmark and Share

Pulang(i)

Ahad, 29 Mei 2011


untuk adinda, Siti Khadijah A Ghani selamat menemukan Allah pada 9 April 2011.

cintaku,
kita hanya hamba-Nya;
bukankah,
asalnya kita dengan perjanjian-Nya -
bahawa kelak,
kembali kita dalam datangnya.

cintaku,
jauh kita hanya pada sengenggam tanah;
pada relatif ruang dan waktu,
dengan penuh sendu dan rindu -
meski telah kau,
menyahut janji-Nya dahulu;
akan kelak aku kotakan juga.

cintaku,
moga tenang kau;
sedamai nyanyian malaikat,
bawah lembayung kasih-Nya.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
29 Mei 2011, Pulau Pinang.
Bookmark and Share

Realiti

barangkali,
masa yang mengikat kita dalam ruang itu
-sekadar satu lagi ilusi minda.
yang kita namakan realiti.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
29 Mei 2011, Pulau Pinang.
Bookmark and Share

Doa

Isnin, 7 Mac 2011


Jika kau terasa seorang
-ingat bahawa Allah sentiasa bersamamu;
dalam perjalanan,
sepanjang jalan.

Moga selamat perjalanannya. =]

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
6 Mac 2011
Kangar, Perlis
Bookmark and Share

Mujahadah (Bersungguh)

Ahad, 6 Mac 2011

kejar dunia ini dengan usaha
- mujahadah dunia seperti kau abadi dan takkan kembali.

kejar akhirat nanti dengan usaha
- mujahadah sana seperti esok kau pergi.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
6 Mac 2011
Kangar, Perlis
Bookmark and Share