Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Doa

Isnin, 7 Mac 2011


Jika kau terasa seorang
-ingat bahawa Allah sentiasa bersamamu;
dalam perjalanan,
sepanjang jalan.

Moga selamat perjalanannya. =]

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
6 Mac 2011
Kangar, Perlis
Bookmark and Share

Mujahadah (Bersungguh)

Ahad, 6 Mac 2011

kejar dunia ini dengan usaha
- mujahadah dunia seperti kau abadi dan takkan kembali.

kejar akhirat nanti dengan usaha
- mujahadah sana seperti esok kau pergi.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
6 Mac 2011
Kangar, Perlis
Bookmark and Share

Cerita Cinta(VI)

Khamis, 3 Mac 2011


terima kasih;
untuk semua cinta,
yang tidak pernah terungkap kata
dan jauh terhijab masa.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
1 Mac 2011
Kangar, Perlis
Bookmark and Share

Tentang Peluang

Khamis, 17 Februari 2011


kenapa kau bertanya (lagi),
soalan yang kau sendiri telah -
tetapkan jawapannya (sebelum pertanyaan itu dijawab)

lalu, soal jalan dan pilihan
-seharusnya telah selesai;
maka bersyukurlah
dan terus melangkah!

peluang mengubah hidup,
datang sekali-sekala
-kadang-kadang terlalu halus-
sama ada kau mengambilnya,
ketika itu;
atau terlepas seumur hidup.

sebelum kau berbicara,
tentang peluang yang hilang;
- tanya pada diri:
"pernah dibuka ruang,
untuk peluang yang datang?"

ini bukan tudingan jari
-mari sama kita refleksi,
kelak laju kita berlari.

semoga
yang telah datang
dan berlalu;
yang akan datang
dan bertandang,
diberkati-Nya

*nota: jahitan status-status tweeter dan facebook.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Kangar, Perlis
18 Februari 2011
Bookmark and Share

Sunnatullah

Selasa, 25 Januari 2011


Kau pun tahu;
bahawa sunnatullah itu berlalu,
seperti mana berkali kepada orang yang sebelum kita
-seperti itu juga pada kita;
juga akan kepada orang yang datang,
selepas kita.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Muhammad Iqbal(Nadim Muhammad)
Dublin, Ireland
25 Januari 2011

Bookmark and Share