Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Pelangi

Rabu, 10 Mac 2010



(insyaAllah)
bukankah Allah telah berjanji*,
bahawa pada setiap hujannya hari;
terang mentari pasti kembali,
bersama seri sinar pelangi?

5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini)

*Al-Insyirah,94:5-8



-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
Isra' Dublin
10 Mac 2010

Anakku(i)

Sabtu, 6 Mac 2010




Wahai anak,
sekiranya kau bertanya;
meminta pada,
dari aku tentang dunia,
ketahuilah aku sendiri
tidak dapat menentukan sesaat tentangku.

kita hanya hamba-Nya,
akan dipanggil pulang;
mungkin dalam tika tak terjangka,
pada detik tidak ternanti.

maka, jika kau bertanya lagi,
cukuplah aku menunjuk ke langit;
dan berpesan,
"Allah menjanjikan lebih baik,
hujung sana"

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
Isra', Dublin Ireland.
6 Mac 2010

Cerita Cinta(iii)




Pernah diingatkan:-
"jangan biarkan pintu itu,
hanya dengan sebentuk kunci"

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
5 Mac 2010
Dublin, Ireland

Cerita Cinta(ii)




Pesan pengail tua itu:-
"seandainya pada lubuk ini,
terlalu lama kau setia,
mungkin pada tika kau(perlu) berangkat"

Balas aku:-
"aku tetap saja;
atas izin-Nya"

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
5 Mac 2010
Dublin, Ireland.

Cerita Cinta(i)

Jumaat, 5 Mac 2010


Ya Allah;
selalu aku memandang ke langit,
dan membisik halus dengan sayu:-

"adakah aku terlambat dipanggil,
atau Engkau punya rencana agung*?"

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-



Nadim Muhammad
Dublin, Ireland
4 Mac 2010

*menyediakan aku terlebih dahulu sebelum memikul amanah-Mu.