Wahai jiwa,
Tidakkah engkau menduga;
Akan perit pedihnya itu.
Adalah bisik-bisik Tuhan-Mu?
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Ahlan wa sahlan
Assalamualaikum!
Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!
Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!
Saksi; menyaksikan, yang disaksikan.
Rabu, 5 Ogos 2009 by Nadim Muhammad

Assalamualaikum.
Seorang penulis itu adalah saksi. Maka saya juga seorang saksi. Seorang penulis itu adalah saksi kepada semua hal yang ditulisnya; tentang dia, tentang mereka sekitarnya, hal-hal yang bermain dalam benak kepala, soal dunia; ada apa yang diyakini teguh, yang dipercayai; akan menjadi saksi tiap kejadian dan peristiwa. Lantas, untuk semua itu diteliti halus, dan disaksikan dengan kata.
Penulis itu menyaksikan tiap semua yang tersaksi dengan baik dan penuh hemat. Daripada itu, beliau mengutip, memilih, dan menyaring kata-kata; diolah dan digubah menjadi sebuah sajak, puisi, cerpen atau drama; atau lebih daripada itu.
Penyaksi yang memegang tugas, amanah dan tanggungjawab menjadi perakam pada zamannya; cerita pada dekad dan kurunnya itu, adalah penulis. Mereka yang melihat masing-masing; setiap mereka dengan kaca mata dan parameter yang berbeda:- dan semua itu diungkapkan dalam satu wadah yang sama. Saksi maka, adalah perlu untuk merakam dengan seeloknya; menyisih segala kecondongan dan meninggalkan mungkin sedikit sebanyak pengajaran daripada apa yang disaksikan beliau.
Maka saya, Nadim; juga adalah seorang saksi:- dan seperti yang dalam tulisan lalu, saya adalah saksi diri saya; akan peristiwa dalam masa dan semua tentangnya. Cuma, saya belum cukup ampuh dan mapan untuk menjadi saksi dunia dan zaman. Saya masih perlu membina beberapa asas dan dasar; jua perlu menjadi lagi pelajar kepada sejarah dan masa! Tika ini, masih saja adalah pelajar sejarah saya sendiri; lalu saya tekuni sejarah mereka yang sekitar; daripada itu saya meneliti beberapa sejarah orang yang lebih bermakna:- lantas semua itu( dan masih lagi), membuatkan saya ada kala terlebih tua daripada usia adanya dalam tindak dan fikir; dalam pandangan dan cadangan, dan terkadang mendapat kritikan: “banyak benar yang difikirnya”, “itu tidak realistik”, “seperti pak cik tua”. Saya cuma berdoa, mungkin tiba satu hari; mereka mengerti bila sendiri mereka pada usia itu. Saya tidak tua lagi pada angka; Cuma ada kala saya memilih untuk melangkau masa.
Maka, bukan sekadar saya; juga anda, yang membaca ini. Anda seorang saksi, juga anda seorang penulis. Tulisan anda; terutama yang sarat dengan pengalaman dan pengajaran, adalah permata dan emas yang sangat berharga; lagi harganya andai ilmu itu dikongsi, dilapah dan dikunyah bersama. Niatkan yang ditulis itu, adanya cukup pada Allah yang mengajar; supaya yang lain dapat belajar. Kongsi. Sampaikan. Memberi. Anda juga seorang penulis, ada adalah saksi. Menulis, pada tiap orang itu berbeza. Pada saya telah saya tuliskan; dan akan ditulis lagi seiring masa berlalu. Pada anda, mencoret itu pasti ada erti sendiri; Cuma ingin saya mengajak untuk anda yang sudi singgah lalu arena tulisan saya ini untuk menulis bersama.
Kita adalah penulis; menyaksikan yang disaksikan tentang semua.
Moga daripada secebis kata, menjadi manfaat yang tak kunjung habis.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Nadim, Pena dan Tinta.
Selasa, 4 Ogos 2009 by Nadim Muhammad

Assalamualaikum.
InsyaAllah, tulisan-tulisan selepas ini akan lebih matang, berisi dan terisi. Menulis; bagi saya, Nadim; mengolah-olah kata, asalnya sekadar satu pelepasan diri daripada realiti; membawa jiwa jauh-jauh, ke satu lembah tak terungkapkan.
Menulis saya, bukan pada sebab mencari nama; tertulis Nadim atas sengaja; mungkin juga saja-saja meninggalkan jejak-jejak dalam masa.
Untuk mereka yang mengikuti sususan kata saya daripada awal;
atau menelaah tinta tertera; satu demi satu adalah satu cerita yang berulang.
Diolah lagi; lantas saya mengulangi lagi:- temanya satu. Saya.
Lantas, bila dunia langsung bertanya:-"cerita itu, sekadar ini?, jumud; kecil, tiada makna!". Hanya senyum menyambut soal. Cerita kecil itu membina; yang jumud itu berharga, tiada makna itu berjuta!. Soalnya, cerita kecil kita pada orang; boleh jadi satu warna yang tiada lansung; atau tidak mungkin pudar dalam kanvas hidup kita.
Nadim adalah satu nama; yang pena dan tintanya baru mula diasah, sedang membesar dan belajar; masih menekuni dan meneliti, tatkala mengerti dan memahami dunia, cerita bersamanya; hidup dan kehidupan.Adapun yang tertulis dan tercatat adalah refleksi diri; masih pada diri saya.Apa-apa yang dicoret, yang sempat ditulis adalah rakaman peristiwa yang menghilangkan resah; memadamkan kecewa dan meringankan hampa. Juga ada warna ceria; bisik-bisik bahagia dengan harapan yang paling tinggi! Dan masa berlalu, terus mengajar; juga adakala saya sendiri leka terikatnya.
Menulis ini adalah satu kesusahan juga; setidaknya saja bukan profilik yang puitis; yang sentiasa memuntahkan gubahan seindah kata. Sekadar mampu Nadim itu mengorak tinta dan penanya pada masa sekian; yang tiada pernah tahu bila, atau sekian yang datang dan pergi seketika. Maka pena Nadim ini, terangkat; dan tercoret tinta Nadim ini hanya rawak; atau langsung sekadar meneletakkan patah kata; dan menyusunnya selepas satu, satu.
Terbaca pernah saya, akan makalah:- "yang besar, tidak hanya tentangnya"; yakni penulis yang besar tidak akan hanya mengikat bait kata pada dirinya; seperti saya.
Sungguh, itu benar. Saya akukan; malah bersetuju dengan habis.Dan daripada itu, saya bertanya akan diri, "sampai manakah kita berkisah?".Masa juga membawa jawapan; bila kita melihat dengan necara ISLAM dan IMAN; semuanya menuju TUHAN.Nadim Muhammad telah mendapat satu inspirasi yang tidak pernah dierti; bahkan dahulunya, tidak mungkin dengan saja:-spontan; dapat menjengah dalam takah begini.Seungkap syukur, adalah hidayah itu pada-Nya, diberikan pada yang dihendak-Nya;maka tertariklah oleh-Nya daripada siapa jua. Ya Allah, tetapkan padaku.
Menulis adalah bicara-bicara yang saya diamkan; atas saya secara peribadi tidak banyak katanya; setulis lalu:- ada pada tekanan membuatkan diri ada ini lebih banyak diam meneliti daripada terus menjengah, terburu dalam tindak. Lalu butiran makna hidup yang dikutip satu demi satu, dengan payahnya; menjadi kukuh dalam kata yang ditulis. Tema juga tetap satu:-saya.
Mereka berkata lagi, "sampai bila?". Mungkin akan cukup saya mencoret makna tentang saya; bila saya mula berkata pada dunia. Menulis bukan satu kerja mudah. Apa lagi bila menulis sesuatu yang kelihatannya selapis, bila dihalusi dan ditekuni; lapisan demi lapisan tentang cerita duka, bahagia, kecewa itu muncul satu, satu.
Dan bila saya mencoret ini, sungguh; tertanya, "adakah yang isinya diertikan? atau berjaya dikunyah?"
Menutup kata ini, kali ini dengan satu erti.
Saya melangkah lagi, dengan langkah baru.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Taj Mahal.ku?
Khamis, 30 Julai 2009 by Nadim Muhammad
Salam alaikum.

Taj Mahal saya.
Sedikit orang sinis bertanya;
ada yang senyum bersahaja,
mungkin sudah lama saya menyimpan kata,
insyaAllah; hari ini kita berkongsi semua.
Taj Mahal bagi saya;
adalah simbolik cinta.
akan pada seorang raja,
untuk permaisurinya.
Taj Mahal pada saya,
adalah sebuah manifestasi cinta;
yang tidak terungkap kata,
tak terlihat kasar mata,
terjangkau tidak halus jiwa.
Taj Mahal itu bukanlah siapa,
andai itu kebetulan adanya;
cuma mengikat simbolik kata,
berat tak terlafazkan makna.
Taj Mahal itu maka;
adalah janji, rindu dan cinta,
akan pada isteriku;
yang belum dibuka hijabnya,
siapa.
sampai jumpa nanti, lagi.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
30 Julai 2009
al-Bait
Perlis, Malaysia

Taj Mahal saya.
Sedikit orang sinis bertanya;
ada yang senyum bersahaja,
mungkin sudah lama saya menyimpan kata,
insyaAllah; hari ini kita berkongsi semua.
Taj Mahal bagi saya;
adalah simbolik cinta.
akan pada seorang raja,
untuk permaisurinya.
Taj Mahal pada saya,
adalah sebuah manifestasi cinta;
yang tidak terungkap kata,
tak terlihat kasar mata,
terjangkau tidak halus jiwa.
Taj Mahal itu bukanlah siapa,
andai itu kebetulan adanya;
cuma mengikat simbolik kata,
berat tak terlafazkan makna.
Taj Mahal itu maka;
adalah janji, rindu dan cinta,
akan pada isteriku;
yang belum dibuka hijabnya,
siapa.
sampai jumpa nanti, lagi.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
30 Julai 2009
al-Bait
Perlis, Malaysia
Tanah
Jumaat, 12 Jun 2009 by Nadim Muhammad

Sungguh,
akan pada tanah yang subur itu;
andai tercampak benih yang elok,
tumbuh segar pohon bertunas,
rendang meneduh damai.
Pohon itu pula;
membuah manis,
manfaatnya tidak pernah habis.
Maka,
atas tanah itu;
aku ingin jadi petaninya!
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
As-Sakinah, Rathmines
Jumaat, 12 Jun 2009
Langgan:
Catatan (Atom)