Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Untuk Langit.

Ahad, 2 November 2008


salam alaik.

telah aku lontarkan hati ini ke langit; di mana dan bila akan jatuh?


insyaAllah, siapa tahu bukan?

menyepi. Nadim membisu. Lama tidak berbicara; mungkin tersepit dalam celah-celah hidup yang banyak buat sendiri terdiam dan berfikir daripada terus mencelah dan bertindak.

menjalani hari2 di bumi yang agak asing, meski serasa terbiasa.
cabarannya berbeza.

membawa harapan; menggalas cita-cita. itu terlalu klise bukan?
mencari cinta? insyaAllah, hati ini bukan di Dublin.

meski ramai yang menelah. di sana dan di situ.

siapa tahu? sendiri saya serahkan pada langit.

andai sampai masa untuk kembali ke bumi;
bila dan di mana, saya kongsi bersama. :)

insyaAllah.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Tentang Hujan

Isnin, 8 September 2008



Hujan ini,
untuk satu lembah jauh;
jauh itu tempat. (terpisah)
jauh itu jarak. (tertaut)
jauh itu ruang. (terbatas)
jauh itu waktu. (terikat)
dan segala kisah terdendam.

Hujan,
titis-titisan menyirami lembah;
lembut meniti denai.
dalam asyik;
benih-benih hidup,
dan kehidupan.
tentang cinta,
tentang rindu.
tentang hati,
tentang jiwa.

Dan hujan ini;
rintih-rintih sepi,
omongan perantau.
ada ceritera;
ada hikayat.
kisah-kisah sepanjang ranjau!.

-untuk yg memahami-

Nadim Muhammad

Thursday, January 24, 2008
Kolej Kediaman Cemara
12:53 AM

p/s- ini karya lama; terjumpa bila selak2 folder.

Pesan Untuk Sahabat(i)

Rabu, 27 Ogos 2008

Pesanan Untuk Sahabat(i)

Dan bukankah engkau
lebih tahu;
lebih mengerti,
menghayati?

Manikam manakah
permata berharga;
atau sekadar
kaca sementara?

Akan yang terbaik;
benar, pilihan sendiri.

Dan ini kasih tulus;
tidak terpalik ghairah.
ini sayang mulus;
tidak terpercik dusta.

Untuk seorang sahabat,
daripada seorang sahabat.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
Khamis, Ogos 28, 2008
Kolej Kediaman Cemara

Antara Mimpi.

Selasa, 29 Julai 2008

salam alaik.

Ya, antara2 mimpi:-

Kerja Tuhan

kerja TUHAN; siapa tahu?
Telah ALLAH mengaturkan tiap pa untuk hambaNya,
adalah itu yang terbaik, insyaAllah.

bukan tidak pernah melihat,
risau tidak mengerti yg dilihat;
bukan tak pernah merasa,
gusar yg dirasa tak terjangka.

mungkin TUHAN berbicara,
'belum tiba detik dan tika!,
dalam ruang, siap2 bersedia;
tuntut ilmu, penuhkan dada.'


Pesan Panglima


Dan tatkala menghitung detik, meniti saat akhir; sebelum terus Nadim melangkah ke medan laga, akan singgah Nadim pada sebatang sungai kecil, punya air terjun. Hilir adakala tenang, hulu pula teramat jernih. Adapun kelihatan air terjun menderu, mengenangkan tika menggali ilmu bersama Panglima, yang sering mengungkap pesan, “Wahai anakku, asalnya kita hamba, pikulnya kita khalifah; maka, untuk TUAN itu hakNya, dan untuk TUHAN itu hakNya. Wahai anakku, adanya daripadaNya, kembaliNya jua kepadaNya; maka, tidak selain DIA kita memohon. Wahai anakku, bahawa ALLAH itu satu, ESA; tidak ada mungkin yang setandingNya, masakan mungkin. Akan DIA lebih mengetahui, tiap-tiap yang ada pada kita; baik yang terang terzahir, meski sepi disembunyi. Cukup padaNya, kita pasak harap, paksi tawakkal, selepas segala habis ikthiar, usaha.” Entah, lembab udara sekitar begitu nostalgik, memainkan sketsa memori.


Jati Diri

dan juga satu jati diri yang cukup, jua mapan; biar tercampak ke darat, menjadi pohon rendang meneduh; biar tercampak ke laut, menjadi pulau indah didiam. jua, satu kesedaran halus; menebal dalam jiwa,'bahawasanya perjuangan ini atas nama ALLAH'; tidak terbenam suatu niat melencong, apatah lagi atas dunia semata. jua, bijak menilai, lantas memilih; tidak terus-terus menelan segala macam ideologi semasa.
jua, berhati dek melangkah menjejak; moga selamat tiba ke destinasi.


-untuk yg memahami,yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad

Tentang Kenangan.

Isnin, 2 Jun 2008




salam alaik,
salam selamat, sejahtera atas semua.

Akan dikisahkan, bahawa, betapa hari ini, dengan segala kekuasaanNya, telah singgah sebentar akan "Kenangan". Meski dalam ratap hiba, sedikit terubat. Persinggahan "Kenangan", benar; seketika, dalam hemat Nadim, punya rahsia.

Mungkin itu isyarat daripada langit, akan meski sayu, jauh lagi perjalanan; panjang lagi perjuangan. Dan juga mengingatkan, akan, dendam yang membara itu perlu terus-terus dinyalakan. Ya, semua belum tamat lagi.

dan benar, ku katakan dengan indah;
kenangan itu, mengingatkan.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad