Ahlan wa sahlan
Assalamualaikum!
Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

ya Allah,
sungguh pada tanah
yang baik lagi subur itu;
dalam kembara ini,
selalu telah dipagarkan.
tapi aku yakin,
seluas bumi-Mu;
sebidang tanah terbentang,
untukku menjadi seorang
petani iman.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim MuhammadBeaumont Hospital
15 November 2010


Anakku,
sang pengail itu benar:-
kail ini banyak mengajarku
tentang hidup;
biar sejengkal,
tetap dalam laut kuduga,
juga semua danau kucuba.
meski perit,
menjengah gelora samudera,
membelah tebal belentara,
aku tidak pernah kenal,
tidak pernah tahu,
tidak akan mahu
putus asa.
kail ini mengajarku,
bahawa hidup satu seni;
bila perlu aku,
memilih umpan terbaik
kuhulurkan untuk ikan
dalam lautan masin,
atau tawar danaunya.
bila perlu aku,
menunggu kail itu,
dengan setia,
sabar bersama
atau perlu aku pulang tanpa kata.
bila aku perlu,
berdansa dengan ikan,
yang terpikat dek umpan
atau bila perlu ,
ikan aku lepaskan
lalu yakin dengan,
tenang janji Tuhan.
bila perlu aku,
tetap terus di lautan itu,
tetap diam di danau itu;
atau melangkah bebas,
menjejak daerah baru.
Maka itu cerita dia;
sang pengail renta
dengan kailnya
berkisah padaku
dalam hujung usianya.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim MuhammadDarul Islah,
Dublin Ireland
14 November 2010


Sungguh, bila kita telah meletakkan azam.
Sesudah kita melakukan segala ikthiar, dan beristikarah.
Setelah kita tenang dan reda dengan istihakarah itu, kita memilih.
Pilihan telah dibuat.
Tentang jalan-jalan yang kita sendiri pilih dengan sedar dan waras.
Tentang langkah-langkah yang kita akan terus kuat dan tabah melalukannya mesti tidak dapat tidak, pasti ada ranjau.
Tapi, soalnya kita telah memilih bukan?
Bila kita telah melangkah itu, tiada jalan pulang.
Apa pun terjadi, kita tetap perlu teruskan.
Kita sudah mengetuk langit, dan memohon petunjuk daripada-Nya.
Merayu pada Allah yang mengetahui perkara ghaib, yang ada pada-Nya pengetahuan tentang apa dan akan terjadi memohon Dia memberikan yang terbaik dalam apa yang datang dan bersamanya.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim MuhammadOgos 2010
Satu catatan semasa ziarah ke Baling.
Setia kami,
usah kau tanyakan.
Kerana jawapannya
-lebat tangisan.
Demi masa,
dan hijab-hijabnya.
Demi masa,
dan janji-janjinya.
Sampai jumpa nanti.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
sesungguhnya,
anakku;
tidak ada lagi,
setinggi kami memanjat doa;
moga engkau tumbah besar,
menjadi seorang insan berjiwa dunia,
dengan Islam dan Iman necaranya.
tidak ada lagi,
setenang hati kami,
melihat engkau menjadi hamba-Nya.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Maaf, cinta kami;
bukan pada kata manis yang tersusun,
atau tinggi puji melangit.
Tidak, cinta kami;
pada harta emas yang bertimbun,
atau pangkat neraca manusia.
Kami,
dengan cinta kerana
Dia,
memberi pada kami,
seindah tanda cinta-Nya.
Kami telah buta dengan dunia,
kerana agamamu.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Cinta tidak pernah
mengajar kami
menjadi seorang pendendam
pada mereka yang melukakan;
bahkan,
cinta itu mengajar kami,
erti memaafkan
dan meletakkan cinta itu sedalam erti,
yang tidak mungkin mereka fahami.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
sesungguhnya,
kalian hanya meneka-neka.
tunggu,
jawapan daripada kami;
kelak pasti.
sekarang,
ada perkara yang lebih utama.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim MuhammadDarul Islah, Dublin 8
