
26 September 2008
Baile Atha Cliath(Dublin) Airport
Dublin,
jejak aku ditanahmu;
terasa mesra kau sambut,
meski jauh halaman berbatu,
aku tidak pernah asing.
Kau membisik,
pada *kami mentah melangkah:-
"selamat datang,
**kami menyambut kamu para pejuang;
selamat melangkah,
meniti denai aturan takdir indah
tuhanku dan tuhanmu."
Dublin,
meski dingin hawamu,
yang mengigit belulang;
aku masih mampu,
tersenyum lembut tenang
merentas hari-hari.
kerana aku tahu,
bahawa perjalanan kami
penuh hikmah menanti.
Dublin,
sambutlah kami mesra,
seperti anak-anakmu,
dan didikkan kami;
agar makin mengerti,
juga lebih memahami
tentang manusia dan dunia;
tentang hidup dan kehidupan.
Nadim Muhammad
25 March 2010
Isra, Dublin
p/s- tertinta selepas 2 tahun.
nota: *kami- adalah pelajar2 baru tahun pertama perubatan ketika itu.
**kami - aku memilih ini sebagai kata ganti diri Dublin.