Tinta Nadim Muhammad
satu perjalanan,seribu kenangan kerana Allah telah menetapkan untuk kita yang terbaik.
Khamis, 7 Oktober 2010
Ungkapkan
Ungkapkan kata dengan jiwa;
dengan itu akan terus hidup berbicara,
walau kau sudah tiada.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
218, South Circular Road, Dublin.
7 Oktober 2010
Isnin, 4 Oktober 2010
Keliru
K.e.l.i.ru.
ah,
kenapa tidak;
tidak selesaikan saja,
sebelum kita melangkah.
mengapa tidak,
kita uraikan;
ungkaikan habis.
usaikan;
biar semua kusut,
kabus dan kalut
tidak lagi membelit
kita di tengah perjalanan.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
4 Oktober,
Beaumont Hospital, Ireland.
Jumaat, 1 Oktober 2010
Jawapan VI
usah,
bila kita telah memilih;
jalan-jalan untuk melangkah,
bertanyakan kepada masa:-
"untuk semua telah berlalu,
kenapa tidak seperti dulu?"
kerna,
kau dan aku tahu;
perjalanan jauh ini,
kita punya tugas,
tanggungjawab
masing-masing dan sendiri.
kita tahu,
sejak langkah pertama;
dari persimpangan itu.
*sila dekalmasi dengan nada melankolik dan sinis
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
1 Oktober 2010
Beaumont Hospital, Dublin.
‹
›
Laman utama
Papar versi web