Khamis, 17 Jun 2010

Apa Khabar Kehidupan(i)




Apa khabar kehidupan?

ada tika khabarnya baik,
mengatur langkah dalam tawa.
mengungkap setinggi syukur pada yang Esa;
dan hari-harinya ceria.

ada khabar tikanya molek,
menyusun jejak penuh takwa;
terasa kerdil halus jiwa,
dalam penuh limpah nikmat-Nya.

ada waktu kisahnya duka,
dan bersama semalam kisahnya luka.
yang bukan sebagai ratapan;
dipegangnya menjadi ingatan.

ada cerita tentangnya hiba,
manis ujian sang pencipta;
apa khabar kehidupan?
sungguh kelu mengatur jawapan!

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
17 Jun 2010
Hari-hari terakhir Isra,
Dublin Ireland.