Tinta Nadim Muhammad
satu perjalanan,seribu kenangan kerana Allah telah menetapkan untuk kita yang terbaik.
Rabu, 28 April 2010
Setia(i)
Alam mengajarku tentang setia;
pada siang dan suria,
dengan bayang dan cahaya.
Aku sini tetap setia,
tidak penat menanti siapa.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Dublin, Ireland
27 April 2010
Sabtu, 17 April 2010
Tetamu(ii)
wahai tetamu jauh,
pintu ini tidak lagi kunci;
bila sampai nanti,
masuklah seperti rumah sendiri!
masuklah,
ada orang di dalam;
menanti tamu,
siang dan malam.
moga Allah memberkati perjalanan kita.
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
p/s:- ini tetamu lain.
Nadim Muhammad
Isra, Dublin
16,17 April 2010
‹
›
Laman utama
Papar versi web