Khamis, 30 Julai 2009

Taj Mahal.ku?

Salam alaikum.




Taj Mahal saya.
Sedikit orang sinis bertanya;
ada yang senyum bersahaja,
mungkin sudah lama saya menyimpan kata,
insyaAllah; hari ini kita berkongsi semua.

Taj Mahal bagi saya;
adalah simbolik cinta.
akan pada seorang raja,
untuk permaisurinya.

Taj Mahal pada saya,
adalah sebuah manifestasi cinta;
yang tidak terungkap kata,
tak terlihat kasar mata,
terjangkau tidak halus jiwa.

Taj Mahal itu bukanlah siapa,
andai itu kebetulan adanya;
cuma mengikat simbolik kata,
berat tak terlafazkan makna.

Taj Mahal itu maka;
adalah janji, rindu dan cinta,
akan pada isteriku;
yang belum dibuka hijabnya,
siapa.

sampai jumpa nanti, lagi.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
30 Julai 2009
al-Bait
Perlis, Malaysia

2 ulasan:

  1. baru ku tahu, baru ku mengerti~
    ya, taj mahalmu utkmu
    taj mahalku, utkku.
    stiap satunya, mempunya taj mahal masing2 kan.

    BalasPadam
  2. Taj Mahal...

    Jika waktu telah datang
    kau akan mengetahuinya
    hihihi...

    It can be anybody..yea...
    But, a good boy will be with a good girl...
    InsyaAllah...

    BalasPadam