Selasa, 9 Disember 2008

Cerita




aku menyimpan suara yang paling dalam.
aku mengunci bicara yang paling benar.

aku berdoa, moga semua itu yang terbaik.
aku berdoa, moga itu semua yang terelok.

aku memilih jalan yang lain,
yang jauh dan yang panjang.
sudah tentu,
apa yang aku lalui takkan sama,
ilmu yang aku kutip ada beza,
pengalaman tertimba lain makna.

aku sembunyikan cerita lalu,
dalam bait-bait kata tersusun.
aku pahatkan kisah lepas,
dalam rangkap-rangkap madah terungkap.
dan aku coretkan tentang semua,
dalam lembar-lembar pena tertinta.

dan aku menenun kata,
cukup kerana-Nya.
aku menganyam bicara,
untuk merakam peristiwa;
semua tentang kita.


-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
Raudhah As-Sakinah, Bait Al-Isra'
41, Mt Pleasant Avenue, Rathmines
6 Disember 2008
p/s-mengenang semalam untuk esok yg lebih cerah.

1 ulasan:

  1. sedari mula epik ini
    ak sedari
    tidak mudah yang diimpi
    pelangi petang xkan
    kekalnya senja malam
    buih2 jernih laut
    takkan statik bersama pepasir
    ak kini
    ditemani magsi monolog
    untuk bangun
    terus berlari

    kerna aku kini
    hampir menyembah bumi

    BalasPadam